-dah 6 bulan-
uish..cepat ja masa berlalu...dah enam bulan aku berbadan dua tuan empunya blog berstatus isteri mithali ...hehe...
kawan2 dah ramai yang sudah bunting pelamin mengandung...ada yang dah masuk 5 bulan usia kandungan, ada yang baru 6 minggu...seronoknya laaa kalau saya pun sudah berisi berbadan dua cam tu...
tapi kami berdua sentiasa berusaha tidak putus asa.. usia enam bulan bukanlah terlalu lama...NAMUN...perubahan yang berlaku sejak dua minggu kebelakangan ni seolah2 mahu memberitahu perkhabaran gembira buat kami berdua...
sejak dua minggu ni tuan empunya blog asek tidak sihat ja....setiap kali lepas berbuka mesti segala isi perut nak keluaq, muntah darah =ngeri ....bukan kata sekali dua...tapi setiap hari tuan empunya blog mengalami keadaan yang sama...macam mana lepas berbuka macam tu jugak la lepas sahur...muntah jaaaa
bukan tu saja... kalau bangun pagi plak hampir setiap hari kaki ni dok kejang....macam orang tak cukup kalsium...
tu belum hebat lagi..ada yang lagi ketara...tetiba ja tak boleh bau sang suami yang sentiasa wangi tu....asek rasa macam dia tu busukkkk ja....lagi la kalau dia pakai minyak wangi..jangan harap boleh tidoq seselimut sekatil....
TAPI...saya dan sang suami anggap perubahan2 ni sebagai keadaan biasa bila sudah dua kali result urine test saya positif =alangkah baiknya negatif...hampa sekali...apa pun kami masih menunggu untuk 2 minggu ni..kalau kitaran hidup haid saya tidak berjln seperti biasa...barulah alternatif terakhir saya adalah berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan apakah mimpi ngeri tanda2 ini benar belaka...
sekian saja untuk entry kali ini...doakan perubahan2 ini tidak berkaitan dengan apa2 penyakit yang serius...melainkan saya membawa seorang lagi di dalam perut ini...
Read Users' Comments (5)







