baby

Lilypie Pregnancy tickers

- aidilfitri datang lagi -

hye all...

ish lama betul kan kita tak bersua??...

masing-masing sibuk menyambut hari raya?? amacam raya kali ni?? meriah???


ermm...bagi saya, taun pertama beraya bersama en.suami amatlah bermakna
(walaupun setiap tahun sang suami beraya di rumah saya)....beza memang berbeza...apa bezanya??


  • dulu fikir baju sendiri ja...tapi sekarang dah kena fikir kelengkapan pakaian suami jugak
  • dah ada rumah mertua
  • dah kena bahagi masa bertandang ke semua rumah sedara bersama en.suami..dulu banyak kat rumah ja tolong ceruk dapuq pastu trus plan ngan geng *Zack, Fasihah, Fidah, Farhiyah (kadang2 ja join)* nak pi raya mana lagi
  • dulu sempat jugak ghelap di rumah seminit dua..tapi ni malam pun masih beraya...
apapun beraya bersama suami lagi best...lagi best bila en.suami bagi duit raya
*walhal saya yang beria minta, sebab saya tau saya tak akan dapat duit raya lagi...hwaaa*

*
*

tapi tak semuanya berbeza...masih ada yang sama seperti dulu..
  • saya tetap beraya di kampung halaman...Lahar Minyak Rockers ..sebab en.suami berasal dari kampung yang sama....dulu, kini dan mungkin slamanya saya akan beraya dikampung halaman.
*save duit tol n minyak kereta n tenaga sebab tak payah travel jauh untuk pulang beraya*
*
*
tak banyak gambar raya kami taun ni..tak sempat nak snap..ada pun dalam kamera orang ja
kami laki bini tak sempat pun nak posing untuk gambar raya memandangkan berat badan saya naik mendadak tanpa segan silu

xoxo




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Selamat Menyambut Hari Lebaran yang bakal
tiba...

dari kami




mohon sejuta kemaafan andai pernah melakukan

beribu kesalahan,

terlanjur dalam perkataan,

tersalah perbuatan,

serta apa jua yang tersimpan di dalam hati kalian

sebagai perkara yang tidak menyenangkan...



kami menyusun sepuluh jari memohon duit raya

kemaafan atas segala kekhilafan...

Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

-dah 6 bulan-

uish..cepat ja masa berlalu...dah enam bulan aku berbadan dua tuan empunya blog berstatus isteri mithali ...hehe...

kawan2 dah ramai yang sudah bunting pelamin mengandung...ada yang dah masuk 5 bulan usia kandungan, ada yang baru 6 minggu...seronoknya laaa kalau saya pun sudah berisi berbadan dua cam tu...

tapi kami berdua sentiasa berusaha tidak putus asa.. usia enam bulan bukanlah terlalu lama...NAMUN...perubahan yang berlaku sejak dua minggu kebelakangan ni seolah2 mahu memberitahu perkhabaran gembira buat kami berdua...

sejak dua minggu ni tuan empunya blog asek tidak sihat ja....setiap kali lepas berbuka mesti segala isi perut nak keluaq, muntah darah =ngeri ....bukan kata sekali dua...tapi setiap hari tuan empunya blog mengalami keadaan yang sama...macam mana lepas berbuka macam tu jugak la lepas sahur...muntah jaaaa

bukan tu saja... kalau bangun pagi plak hampir setiap hari kaki ni dok kejang....macam orang tak cukup kalsium...
tu belum hebat lagi..ada yang lagi ketara...tetiba ja tak boleh bau sang suami yang sentiasa wangi tu....asek rasa macam dia tu busukkkk ja....lagi la kalau dia pakai minyak wangi..jangan harap boleh tidoq seselimut sekatil....
TAPI...saya dan sang suami anggap perubahan2 ni sebagai keadaan biasa bila sudah dua kali result urine test saya positif =alangkah baiknya negatif...hampa sekali...apa pun kami masih menunggu untuk 2 minggu ni..kalau kitaran hidup haid saya tidak berjln seperti biasa...barulah alternatif terakhir saya adalah berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan apakah mimpi ngeri tanda2 ini benar belaka...

sekian saja untuk entry kali ini...doakan perubahan2 ini tidak berkaitan dengan apa2 penyakit yang serius...melainkan saya membawa seorang lagi di dalam perut ini...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

- bila BuDak AsrAma turuN BerbuKA-






di maktab di adakan majlis berbuka puasa berjemaah atau kami panggil sebagai IFTAR KUBRA



so, biasa la kalau dah namanya student memang best la kalau dapat makan berjemaah ni free ni...




saya juga tidak melepaskan peluang (save budget)...kami pun menyerbu kafe secara berjemaah jugak beramai-ramai...



ni lah ghopanya
*
*
*

menu yang dihidangkan untuk para penggemar makanan free


*


*


*

antara muka-muka tak malu yang terlibat


*

*

*

ini sahaja untuk siaran kali ini...jumpa lagi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

apakah menu yang mengIURkan saya di bulan Ramadhan.





hari ni berbuka di rumah mak n ayah...

wahhhhhh...dan2 rasa nak berbuka sesudah azan asaq....sebab nya????

ayah dah pun mula memasak....apakah masakan itu????

tentu skali ......

jeng
*
jeng
*
jeng

*

*

*



abaikan latar melakang subjek utama kita...ketika gambar di ambil...subjek utama baru selesai di masak..oleh kerana keterujaan tuan empunya blog nak terliurkan kakaknya so dia dengan rakus mengambil gambar tanpa mencuci dahulu dapur yang telah di gunakan..lihat saja periuk yang di gunakan...besar...ish..habis ke tu????
*

*

*


cis...subjek utama malu2 nak tonjolkan diri...takut2 yang melihat terus berniat nak ganti puasa hari ini di kemudian hari...




tadaa...
GULAI TULANG PAKTEH rupanya...

ha..ha tu apa dok meneleh ayaq liuq tuuu...lap2..tak senonoh aihhh...
k pemilik blog mau siap2 untuk berbuka dah..tata

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

-bulan ramadhon-

hye...sory...sory dah lama menyepi...bukan apa idea semakin kurang..banyak
cerita tapi malas nak mengarang...


seperti diketahui, kali ni saya sambut puasa sebagai seorang isteri...so puasa
kali ni berbeza sket la dari taun2 sebelumnya...dah tak
bleh malas2 bangun sahur...dah kena blajar masuk dapur...dah kena jadi
seorang yang penyabar bila menjadi jam loceng kepada sang suami...pendek kata
semuanya berbeza..


tapi...saya tidak perlu pecah kepala seperti isteri2 yang lain untuk memikirkan apakah juadah yang perlu disediakan untuk berbuka dan sahur.....kerana saya belum tinggal di rumah sendiri...saya hanya membantu di dapur...

kini...saya tidak lagi berpuasa di rumah..sbb dah kena balik KL...so juadah berbuka dan sahur telah tersedia di bazar...
beli ja...mudah kan...

ni saja entry untuk kali ni...
SELAMAT MENGHABISKAN PUASA UNTUK TAHUN NI..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS