Daisypath Anniversary Years Ticker

baby

Lilypie Pregnancy tickers

-the first 3 semester-

saja nak imbau balik 3 bulan pertama aku membawa si comel ini...so sapa yang menyampah tak yah baca k...aku just nak catatkan memori indah ini supaya aku tak lupa akan saat2 bersama dia dan boleh bagi anak baca bila dia besaq nanti (tu pun kalau wujud lagi la blog ni)....

*
*

bulan pertama keadaan aku agak stabil...apa yang pelik setiap ari aku nak makan laksa...ari2 en.suami beli laksa bila dia balik keja...hampir seminggu juga perut ni diisi dengan laksa ja...cukup seminggu...aku dah tak lalu makan laksa...bukan kata makan bau pun aku muntah...sampai la skarang...laksa tidak lagi menjadi makanan kegemaran aku seperti sebelum ini...

*
*

masuk bulan kedua alahan aku semakin teruk...bau tomeh, bau toilet n bau busuk semuanya tak boleh...aku akan muntahkan segala isi perut ni...

*
*

masuk bulan ketiga alahan semakin teruk...aku tak lalu lagi makan ikan...bila makan ikan aku rasa macam kunyah kertas yang basah...sungguh tidak lalu..hanya ikan kering ja yang aku rasa macam ikan...so kalau nak makan ikan..ikan kering ja yang bisa melolos dalam tekak ni....

*
*

sejak alahan menghinggapi diri aku ni aku tak penah masak...even en.suami masak (tanak) nasi pun aku akan menyendiri dalam bilik sambil muntah..

*
*

tapi tidak lagi sekarang bila dah masuk 4 bulan...segalanya menjadi normal...yang tak normalnya adalah masalah sengal2 badan...fuh tidoq malam memang tak senyenyak dulu...5, 6 kali jaga sebab tak selesa..n yang paling best skarang aku dah mula masak, tapi masakan aku akan menjadi masin..(nampak sangat selera anak macam pak dia)..tapi tak la sampai tak leh makan...cuma kena la ngan selera en.suami yang makan masin...

*
*

skarang saya cuma meniti hari2 akan datang dengan pertambahan ukur lilit pinggang yang semakin bertambah...dan sengal2 badan yang semakin menjadi2...kekejangan pada otot kaki...dan mengalami gatal2 di badan pada malam hari...

*

terlintas di fikiranku, adakah mak juga mengalami masalah yang sama semasa mengandungkan aku dulu...atau lebih teruk lagi....sungguh besar pengorbanan ibu kan???...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "-the first 3 semester-"

  1. husni says:
    April 21, 2010 at 10:04 PM

    jihah...tahniah..bila due date nyer?haha..

  2. Clumsy mummy says:
    April 22, 2010 at 2:25 PM

    thanks ali...due raya puasa nanti..lambat lagi